Ini adalah drama baru. Tajuknya adalah Once Again. Ada 100 episod. 100 tau. Jadi kalau kalian rasa terlalu panjang atau sukakan drama yang tak banyak episod, saya galakkan kalian abaikan post ni.
Tapi secara jujurnya kalian boleh saja cuba untuk tonton drama ni. Sebab apa? Sebab kalian tak akan menyesal. Saya akan bagi sebab kenapa anda perlu tonton drama ni.
Pertamanya, ini adalah cerita tentang keluarga. Ada kisah ibu bapa,anak-anak juga kisah cinta diselitkan dalam sebuah cerita. Jadi anda tak akan kebosanan mengadap masalah hero dan heroin sahaja. Bukan juga kisah si kaya dan cinderella.
Keduanya,kalau biasa tengok watak antagonist tu seseorang yang jahat sampai anda rasa nak maki berbakul-bakul maka anda tak akan jumpa dalam cerita ni.
Ketiganya, semua watak adalah penting. Semua adalah hero dan heroin. setiap seorang pun ada masalah tersendiri juga penyelesaian terhadap masalah hidup tersendiri.
keempat, cerita ini ringan dan ada humor diselitkan. Tak bosan dan tak serabut otak nak fikir.
Kelima, drama sangat cantik. pengcahayaan, gambar dan scene nampak sangat cantik. walaupun pengambaran sebuah pasar. tak nampak pun pasar tu buruk atau kotor.
Kesimpulannya, kalian mungkin boleh belajar banyak tentang kehidupan disini. Ya, melalui cerita. Nanti kalau ada kesempatan, saya akan review lebih lanjut drama ni. Stay tune ya gais.


Comments
Post a Comment